Friday, February 10, 2012

Awak...

Biarlah gambar menceritakan segala-galanya...
Awak ingat lagi? 
Saya pinjam awak punya pen dengan buku sejarah awak ye
Itu saya colour sendiri tu.
Malu la tu :P
For you<3
Smile :)

Sayangku iki,
Hidup ini tiada seindah pertama kali kehadiranmu dalam hidupku.Kaulah gadis impian yang dapat menawan hatiku.
Mengenalimu sepintas lalu membuatkan aku kepingin untuk menggenalimu dari dekat.
Raut wajahmu nan ceria dan sikapmu yang bersahaja jelas menggambarkan ketulusan hatimu.
Tutur katamu yang lemah lembut membayangkan keikhlasanmu.Kini diriku dihiasi kuntum-kuntum rindu setelah lama tidak bersua.
Biarlah aku berterus-terang,Kaulah gadis impian pertama yang berjaya mengetuk jendela hati ini.
Perlukah kuungkapan kata cinta agar kau tahu kesetiaanku ini.Perlukah sayang,jawablah....
Kini aku menjadi insan yang merinduimu selalu dan jangan kau hanyutkan aku didalam lautan rindu dan gelombang kasih yang sentiasa berombak.
Akan aku cuba memilikimu ,walaupun aku tahu beribu langkah harus kutempuh.
Berkat kejujuran dan kesetiaan pasti kita akan bersama nanti.
Biarkan kejujuran itu menjadi tembok cinta yang tidak bisa runtuh walaupun dihempas badai yang ganas.
Percayalah cintamu itu adalah cintaku dan rindumu,rinduku jua.Aku tidak mahu kecewa lagi.
Datanglah sayang,walaupun hanya dalam mimpi.Aku hanya mahu kau menerima dan menghargai cintaku.

Sedikit demi sedikit perubahan saya nampak dalam diri awak...
Andai kata itu yang buat awak selesa,teruskan...
Walaupun sakit untuk saya terima tapi saya akan cuba..
Ingatlah sayang cinta lebih berharga dari segunung emas dan permata.
Ikhlas Mirul..

No comments: