Tuesday, February 21, 2012

MirulPhotography.

Setiap gambar ada lagunya tapi sebenarnya setiap gambar ada kisahnya dan cerita disebaliknya.

Antara koleksi MirulPhotography.

SMK 24(2) 2011
Light 2011
Menara Kuala Lumpur 2010
Maulidur Rasul 2012
Port Dickson 2011
Safiq Rahim 2011
Maulidur Rasul 2012
Lalang 2012
Adel Huru Hara 2011
Khatam Al-Quran 2011
Bola 2011
Menara Condong,Teluk Intan
Dato Seri Najib 2011
Full Moon 2012 

 Hanya ini sahaja untuk tatapan umum :) 
Ini page photography saya.

Friday, February 10, 2012

Awak...

Biarlah gambar menceritakan segala-galanya...
Awak ingat lagi? 
Saya pinjam awak punya pen dengan buku sejarah awak ye
Itu saya colour sendiri tu.
Malu la tu :P
For you<3
Smile :)

Sayangku iki,
Hidup ini tiada seindah pertama kali kehadiranmu dalam hidupku.Kaulah gadis impian yang dapat menawan hatiku.
Mengenalimu sepintas lalu membuatkan aku kepingin untuk menggenalimu dari dekat.
Raut wajahmu nan ceria dan sikapmu yang bersahaja jelas menggambarkan ketulusan hatimu.
Tutur katamu yang lemah lembut membayangkan keikhlasanmu.Kini diriku dihiasi kuntum-kuntum rindu setelah lama tidak bersua.
Biarlah aku berterus-terang,Kaulah gadis impian pertama yang berjaya mengetuk jendela hati ini.
Perlukah kuungkapan kata cinta agar kau tahu kesetiaanku ini.Perlukah sayang,jawablah....
Kini aku menjadi insan yang merinduimu selalu dan jangan kau hanyutkan aku didalam lautan rindu dan gelombang kasih yang sentiasa berombak.
Akan aku cuba memilikimu ,walaupun aku tahu beribu langkah harus kutempuh.
Berkat kejujuran dan kesetiaan pasti kita akan bersama nanti.
Biarkan kejujuran itu menjadi tembok cinta yang tidak bisa runtuh walaupun dihempas badai yang ganas.
Percayalah cintamu itu adalah cintaku dan rindumu,rinduku jua.Aku tidak mahu kecewa lagi.
Datanglah sayang,walaupun hanya dalam mimpi.Aku hanya mahu kau menerima dan menghargai cintaku.

Sedikit demi sedikit perubahan saya nampak dalam diri awak...
Andai kata itu yang buat awak selesa,teruskan...
Walaupun sakit untuk saya terima tapi saya akan cuba..
Ingatlah sayang cinta lebih berharga dari segunung emas dan permata.
Ikhlas Mirul..

Wednesday, January 25, 2012

Hai 2012

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang mulia,Alhamdulilah masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.Tahun 2012,tahun yang mengembirakan aku,tahun yang menakutkan aku,tahun yang menjadi penentu segala-galanya... Setelah sekian lama aku menunggu alhamdulilah Allah swt sentiasa ada perancangan hebat untuk aku.Aku menerima dengan tangan terbuka dan akanku memberi sepenuhnya kasih sayang untuk dirinya....

Sayang,
Saya gembira mengenali awak
Saya selesa mendampingi awak
Saya ikhlas mencintai awak 
Saya bahagia menyayangi awak

Sayang,
Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mencintai awak
Terima kasih kerana sering meluangkan masa disisi saya
Terima kasih kerana sentiasa membahagiakan saya
Terima kasih kerana memberi saya kesempatan untuk menjadi kekasih awak

Sayang,
Saya ingin awak tahu hanya awak saya cintai
Tiada yang lain sehingga hembusan nafas saya yang terakhir...

Ya Allah,Kau berkati lah hubungan ini dan engkau jauhlah kami berdua dari kecelakaan dan maksiat.Amin 
Semoga aku berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. 

Ikhlas Mirul<3