Tuesday, December 27, 2011

Assalamualaikum Saudara Semuaaa :)

Hehe,Lama sangat dah tak update blog kan kan?Saya tahu ada orang tunggu nak baca new post saya ni haha siap text saya lagi tanya 'bila nak update blog'?Haaha sorry ye semua,Mirul sibuk sikit cuti ni,Mirul ikut tabligh keluar 10hari dekat puncak alam dengan asif,faiz,and haji lokman.Nak cerita sikit lah kan,Serius memang seronok sangat dekat sana kita akan tahu erti kesabaran,kita belajar tentang sifat utama sahabat Rasulullah SAW and paling seronok ialah aku dapat kawan baru dari somalia,nepal and pakistan hahahaa diorang ini memang best,kelakar and senang berkawan.Tak ketinggalan orang sini jugak Wan,Sol,Danial,Akbr,Ahmir,Haji rahman,Haji Gharfar,Muhammad Lucky,Ahmad Ali,Badar,Haji Yusof Ghani,Rias,Pak cik Ahmad,Aliff,Arafaat,Haji Yusof And Haji Nahiz.Walaupun jarak umur semua berbeza tapi dah boleh dikatakan macam satu keluarga,makan dalam dulang,tidur sama-2,tolong gerak bangun solat tahajud,ajar benda baru and macam-macam.Ini kali pertama aku keluar terus keluar 10hari,Insyallah selepas SPM aku terus keluar 40hari dan keazaman aku tinggi nak keluar 4bulan di IBP(India,Bangladesh dan Pakistan) Dan keluar ke seluruh dunia untuk menyampaikan dakwah.Insyallah.Dengar cerita Haji Yusof Ghani pelukis tersohor di Malaysia yang baru balik dari USA 4Bulan,dia cerita dekat sana setiap hari ada orang masuk ISLAM.Macam tak percaya kan? Itulah realitinya,Cara dia bercerita membuatkan keazaman aku bertambah tambah untuk keluar ke sana,Insyallah satu hari nanti.Aku pun tak pandai lagi,kena banyak belajar lagi.Perkara asas pun aku banyak kelemahan lagi.Dekat sini diajar kan untuk menghidupkan sekecil-kecil sunnah sehingga sebesar-besar sunnah Rasulullah SAW.Rasulullah SAW bersabda'Sesiapa yang menghidupkan sunnah beliau di zaman fasya dan mungkar ini akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid.Cuba bayangkan?Sahabat-sahabat Rasulullah SAW nak dapat kan satu mati syahid tu pun diorang kena korbankan nyawa,diri dan keluarga.Tapi sayang manusia zaman sekarang ini lebih banyakkan keduniaan daripada akhirat.Saudara,Dunia ini adalah sementara di syurga nanti dunianya kekal abadi. Sepagi atau sepetang keluar ke jalan Allah SWT lebih baik dunia dan seisinya.Debu-debu yang melekat pada badan orang yang keluar ke jalan Allah SWT akan diharamkan api neraka malah ASAP API NERAKA.

Ini gambar buku yang dihadiahkan oleh Haji Nahiz untuk Sayaaaa :)

Buku ini sangat berguna,Insyallah saya akan amalkan.
Terima Kasih.


Insyallah semua.Okay lah Mirul nak rehat kemas rumah bilik and siap-siaga untuk menghadapi sekolah rabu depan.Senior YEAR!

Assalamualaikum :)

No comments: